Kawal perbuatan-perbuatan ini untuk elak kurang pahala puasa

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam perlulah mengawal dari melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan pahala puasa. Allah SWT menciptakan manusia sempurna dengan deria mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hamba-Nya.

Tetapi, anggota yang dicipta itu haruslah dikawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa. Antara perbuatan yang harus dielakkan sepanjang bulan puasa ini adalah cakap bahasa kesat. Perkara ini memang cukup sukar untuk dikawal terutamanya pada yang selalu mengeluarkan kata-kata kesat dalam kehidupan.

Sebagai bulan yang mulia ini hormatlah bulan Ramadan, walaupun mulut selalu bercakap kata kesat sebelum ini. Tetapi, jagalah lidah dan adab ketika berkomunikasi tidak kiralah sama ada berhadapan atau di media sosial.

Riak dengan kebaikan yang dilakukan sepanjang Ramadan. Ramai yang tidak sedar melakukan perbuatan ini. Antara ayat-ayat seseorang itu riak adalah Hari ni aku puasa, korang puasa ke?, Korang berbuka apa? Aku berbuka buffet kat Hotel Pullman je ,dan Done terawih / mengaji / tahajjud. Korang dah ke belum?.

Selain itu, dedah aurat. Terdapat antara individu pada bulan Ramadan ini masih tidak malu berpakaian seksi-seksi. Cubalah tutup aurat untuk menghormati Ramadan sekaligus boleh menjadi asbab permulaan untuk berhijrah.

Seterusnya, menonton benda haram. Selain dari jaga mulut, mata juga perlu dielakkan dari melibat benda-benda haram. Sebagai contohnya video tidak senonoh di media sosial.

Berbelanja sehingga membazir. Sepanjang bulan Ramadan ini memang umat Islam meriah dengan bazar sehingga menyebabkan umat Islam membeli juadah berbuka secara berlebihan sehingga membazir. Bersederhanalah di bulan mulia ini adalah lebih baik dari membazir.

Bagaimanapun, sebagai umat Islam cubalah mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang mengurangkan pahala puasa anda. Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sahaja. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com