Perlaksanaan SST 10% akan jatuhkan jualan emas didalam negara

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus mulai 1 Jun ini akan dilaksanakan mulai 1 September depan.

Malah, dikhabarkan kerajaan akan mengekalkan SST kepada kadar sebelum ini iaitu 10 peratus, namun masih mengkaji mekanisme baharu dalam penetapan kadar SST.

Bagaimanapun,  Habib Jewels iaitu kedai barang kemas terkemuka menyifatkan perlaksaaan SST pada September itu akan memberi impak besar kepada perniagaan terbabit.

Pengarah  Urusan Habib Jewels Sdn. Bhd., Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata  jualan dan aktiviti pengekportan emas akan merundum sekiranya perlaksaan SST pada kadar lebih 6 peratus misalnya 10 peratus.

“Kesan SST ini kalau lebih dari enam peratus misalnya 10 peratus tidak akan baik untuk perniagaan kami.

“Jadi, kalau SST diperkenalkan balik mungkin ada kesan dan juga pengeksportan barang kemas ada kesan,” katanya.

Selain itu, Meer Sadik berharap kerajaan Pakatan Harapan akan mempertimbangkan supaya bukan sahaja mengambil langkah sifar peratus GST tetapi juga tidak melaksanakan SST.

Jelasnya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan SST sekaligus ia membantu rakyat dan menambah kuasa membeli serta menggalakan perkembangan industri barangan kemas.

“Kami berharap kerajaan persekutuan yang baharu bukan sahaja meneruskan langkah baik menerusi inisiatif sifar peratus GST malah mempertimbangkan pelaksanaan  SST untuk galak industri barang kemas terus berkembang,” katanya lagi. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com