Bangsa melayu mudah percaya pembohongan di Internet..

Memang ramai golongan selebriti yang mencari pendapatan tambahan dengan menceburi bidang perniagaan untuk menampung perbelanjaan harian mereka selain hanya fokus kepada satu bidang sahaja.

Kebanyakan golongan selebriti yang menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kosmetik sendiri, pakaian dan tudung.

Tetapi, berlainan pula buat penerbit dan pelakon terkemuka tanah air, Datuk Rosyam Nor, 51, apabila memilih menceburi bidang perniagaan runcit dengan membuka pasar raya ST Rosyam Mart.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna media sosial telah menjalankan kempen untuk memboikot pasar yang baru dibuka Rosyam terbabit. Wujudnya isu boikot pasar raya Rosyam kerana terdapat dakwaan beliau pernah mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, kempen boikot terbabit tidak mendapat sambutan sebaliknya pasar raya Rosyam telah mendapat sambutan baik dari pengunjung yang teruja dengan pembukaan pasar raya ST Rosyam Mart terbabit.

“Saya tidak tahu mengapa ada masih suka berdengki walaupun di bulan Ramadan. Maaf cakap, saya bukan mahu mengajar tetapi orang mewujudkan isu boikot adalah mereka tidak percaya pada qada dan qadar Allah.

“Siapa mereka hendak menghalang rezeki Allah mahu berikan. Netizen tidak bertanggungjawab terbabit turut membangkitkan isu saya pernah menghentam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara seperti didakwa itu,” jelasnya.

Rosyam berkata beliau agak kecewa dengan masyarakat Melayu yang mudah percaya dengan pembohongan di internet tanpa menyelidik dahulu kesahihan berita yang disampaikan.

“Saya bersyukur dengan tohmahan serta fitnah dihamburkan malah rezeki dan pahala semakin bertambah. Cuma saya sedih orang membuat tohmahan dan fitnah itu saudara saya sesama Islam. Nasihat saya, jangan buat wakaf dosa dan ajak orang lain melakukan perkara sama.

“Sebagai artis sebenarnya kita ikut dan akur siapa memerintah. Jangan disebabkan pegangan politik memecah-belahkan kita sesama Islam,” katanya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com