Tak guna 0% GST kalau harga barang tak turun..

Apabila kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu, orang awam kebanyakkan berpendapat harga barangan terutamanya barang keperluan harian akan lebih murah.

Ramai orang awam mula membanjiri pasar raya untuk persiapan raya dan membeli barangan keperluan harian kerana harga lebih murah. Bagaimanapun, ada antara pengguna rugi besar walaupun GST pada kadar sifar tetapi harga barang masih tidak turun.

Seorang pengguna Facebook, Azizul Azli Ahmad berkata masih terdapat harga barang keperluan harian yang tidak berubah walaupun kadar GST pada sifar peratus. Beliau berkata perkara ini berlaku apabila ada peniaga yang mengambil kesempatan.

“Siapa paling rugi? KITA SELAKU PENGGUNA! yang rugi. YANG UNTUNG ADALAH PENIAGA. Yang malangnya kerajaan. Dahlah hasil GST tidak disalurkan lagi kepada kerajaan, bahkan harga tak turun. Rakyat akan marahkan kerajaan lagi sekali.

“Bayangkan berpuluh bilion hasil GST yang sepatutnya jadi hasil negara akhirnya masuk ke poket peniaga,” katanya.

Menurutnya, pengguna janganlah terlalu mudah diperdaya oleh peniaga dan harus menjadi pengguna bijak serta menyemak dahulu setiap pembelian yang dilakukan.

Jelasnya, apabila kerajaan sudah baharu sikap rakyat juga perlu baru dengan menjadi pengguna yang bijak agar tidak mudah diperdaya oleh peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Kita selaku pengguna juga boleh menggunakan kuasa kita sepertimana yang telah dilakukan pada PRU14 tempoh hari.

“Jadilah pengguna bijak, bantulah kerajaan baru dalam mengekang eksploitasi penjual dalam menentukan harga. Kita mampu mengawal sebagaimana kita mampu memilih pemimpin,” ujarnya.

Azizul turut menasihati mana-mana pengguna yang mendapati terdapat peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga dengan membuat laporan kepada KPDNKK.

” ika ada peniaga yang berkeras dan memberikan alasan bilamana harga tidak turun, sila laporkan kepada KPDNKK. Takat jadi hero kat fb tak guna. Kita boikot peniaga tamak,” tambahnya lagi. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com