10 Hari dahagakan Nafkah Batin, Isteri nekad Lapor Polis

Gara-gara tidak diberi nafkah batin selama 10 hari, seorang isteri melaporkan suaminya ke pihak polis.

Dikutip dari sumber Metro Bali, Ayu yang memberikan keterangan kepada pihak Polis mengatakan bahawa dia tidak berpuas hati terhadap suaminya kerana tidak menyentuhnya selama 10 hari.

Lain dari pada itu, Ayu yang berasal dari Desa Ban juga memberitahu pihak berkuasa bahawa suaminya itu tidur dengan cara membelakanginya. Tindakan suaminya itu telah menyebabkan Ayu terkilan kerana dia menganggap suaminya sudah tidak lagi menyayangi dirinya.

” Ini adalah pertama kali selepas 2 tahun kami mendirikan rumah tangga, saya tidak tahu apa yang salah, sikap suami yang terlalu dingin membuatkan perasaan saya tidak enak, Apabila saya tanya dia hanya diam..” katanya Ayu.

Sementara itu pihak polis Desa Ban Hulu, Akp Adam Syah telah mengesahkan laporan bahawa adanya seorang isteri membuat laporan polis berkait tidak diberi nafkah batin oleh suami selama 10 hari. – UN/Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com