Bahan plastik tak terurai wajar diharamkan

Pengguna beg plastik sudah sebati dalam kehidupan seharian. Tetapi, tidak ramai yang menyedari pengguna beg plastik yang tidak terurai secara semula jadi boleh memudaratkan kesihatan serta alam sekitar.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya meneruskan rancangan untuk mengharamkan pengguna beg plastik dalam tempoh setahun dan menghapuskan penggunaan beg plastik tidak terurai.

Mengulas lanjut, Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata bukan hanya perlu mengharamkan pengguna beg plastik tetapi juga melibatkan semua barang plastik termasuk sudu, garpu dan lain-lain barang yang tidak terurai.

“Plastik harus diharamkan sepenuhnya. Kenapa hanya beg plastik? Haramkan semua barangan plastik termasuk sudu, garfu yang tidak boleh terurai.

“Malah, pembuatan ketiga-tiga barangan ini perlu dihentikan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan sedang berusaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya pengguna beg plastik tidak terutai sebelum memperkenalkan larangan pengguna beg plastik sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Katanya, kesedaran mengenai bahaya pengguna beg plastik dalam kalangan masyarakat Malaysia masih lagi rendah.

“Rakyat Malaysia masih memiliki tabiat ingin memperoleh sesuatu dengan mudah, mereka mahu beg plastik untuk membawa pulang barangan mereka,” kata beliau.

CAP akan mengutuskan surat kepada Zuraida dan berharap rancangan menteri itu tidak terhenti disitu sahaja dan berharap ia akan diteruskan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.