Benarkah pelajar melayu yang suka tangguhkan bayar PTPTN?

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.

Malah, mana-mana peminjam yang telah disenarai hitam Jabatan Imigresen akan ditarik balik sekatan perjalanan mereka.

Namun, seorang bapa tunggal dari Rawang berkata ramai peminjam kaum Melayu begitu suka untuk menangguhkan membayar PTPTN sedangkan peminjam bukan Melayu pula menolak untuk menangguhkan bayaran balik kerana mereka labih suka jika kerajaan mempromosikan sistem biasiswa sekiranya lulus cemerlang.

Katanya, amat memalukan peminjam Melayu begitu suka apabila kerajaan menangguhkan pembayaran PTPTN dan nama tidak lagi disenarai hitam Jabatan Imigresen.

“Rakan-rakan anak saya sendiri berjoli sakan dengan duit pinjaman mereka untuk membeli gajet, barang berjenama dan melancong tetapi marah bila sampai masa untuk membayar kembali pinjaman tersebut.

“Lebih menyedihkan, golongan ini bukannya miskin dan terdesak sebaliknya mengambil pinjaman PTPTN untuk duit belanja, sekurang-kurangnya boleh makan makanan segera daripada perlu memasak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, beliau simpati dengan nasib pelajar miskin yang sangat memerlukan PTPTN dan tidak mendapat pinjaman serta terpaksa membuat kerja sambilan untuk membayar yuran pengajian dan belanja harian mereka.

“Apa sebenarnya mahu kita ajar kepada anak-anak muda ini bila boleh tangguh atau tidak bayar hutang pinjaman? Sedangkan anak Cina dan India bekerja keras mendapat keputusan terbaik seterusnya menukar pinjaman itu menjadi biasiswa,” tambahnya lagi. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com