Benarkah ziarah kubur di Hari Raya perbuatan sia-sia?

Menziarahi tanah perkuburan pada pagi Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi satu perkara yang dilakukan sesetengah umat Islam. Bagaimanapun, tular di Twitter dakwaan menziarah kubur di hari raya Aidilfitri adalah perbuatan yang sia-sia.

Pengguna yang dikenali sebagai Ikar berkata sepatutnya hari raya Aidilfitri adalah hari untuk bergembira bagi meraikan kemenangan melawan nafsu selama sebulan dan bukannya meratapi orang yang telah pergi.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter iaitu Fathyakan membidas kenyataan Ikar dan berkata jika seseoarng itu tidak mahu melakukan amalan itu tidak perlu dilakukan tetapi jangan menghalang orang lain dengan berkata perkara tersebut adalah bid’aah dan Nabi tidak pernah lakukan.

“Kalau tak mahu buat sesuatu amalan itu, ikutlah. Tapi, jangan halang orang lain dengan berkata itu adalah amalan bid’aah dan Nabi tidak buat.

Pasal bid’aah ulama dan syarah habis dan kami buat pun bukan i’tiqad amalan itu wajib tapi buat sebab dapat pahala dan bukan haram pun,” jelasnya.

Terdahulu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata menziarah tanah perkuburan pada pagi raya adalah perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam.

Katanya, kubur sebenarnya bukan tempat bergembira, tetapi tempat mengingati mati, malah matlamat ziarah kubur itu sendiri hendaklah bertujuan mendapatkan pengajaran yang melembutkan hati dengan mengingati akhirat.

“Sekiranya terdapat ‘pesta’ di tanah perkuburan, maka sewajarnya kita mencari waktu-waktu lain untuk menziarahinya.

“Malah, terdapat percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di ta­nah perkuburan apabila ibadat bertukar menjadi maksiat lantas amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai,” katanya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com