Gaji minimum RM 1500 dikhuatiri kejutkan pasaran

Pakatan Harapan (PH) telah berjanji akan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Terbaharu, kerajaan PH akan mengumumkan kadar gaji minimum baharu sektor swasta selewat-lewatnya Ogos ini selepas selesai proses semakan dan mendapat kelulusan Kabinet.

Namun begitu, Ketua Rangkaian Kedai Popular, Mydin, Ameer Ali berkata kaedah untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 perlu dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan kaedah progresif.

Katanya, meletakkan kadar gaji minimum bukan menjadi satu masalah tetapi dibimbangi akan kejutkan pasaran jika diletakkan pada kadar yang tinggi dan menggesa kerajaan untuk meletakkan gaji minimum pada kadar lebih rendah.

“Peruncit bergantung kepada pendapatan tunai jadi jika mereka ada pendapatan tunai sudah tentu ia boleh membantu peruncit tetapi kita tak boleh kejutkan pasaran, jadi peningkatan progresif dan yang diterima sentiasa lebih baik,” katanya.

Menurutnya, yang turut mencadangkan kerajaan meletakkan kadar gaji minimum secara berkala iaitu kenaikkan RM50 atau RM100 setahun supaya dapat membantu peruncit menguruskan bajet mereka.

“Supaya kami tahu arah kami dan ini akan memberi manfaat kepada peruncit.

“Semua kami ada struktur kos. Saya ada 10,000 pekerja dan menaikkan gaji minimum, perniagaan akan terjejas teruk.

“Perlu ada rancangan peningkatan (gaji minimum),” ujarnya.- utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.