Guan Eng ‘dipuja’ penyokong PH kerana sepinggan nasi ayam di tepi jalan

Baru-baru ini sebuah video menjadi tular di media sosial apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama isterinya dan anak bongsu mereka sedang menikmati nasi ayam di sebuah restoran yang dikatakan terletak di ibu kota.

Hasil perkongsian video dari salah seorang pengguna Facebook, Noor Jamilah, video berkenaan telah mendapat setengah juta tontonan.

Sebelum ini Guan Eng juga pernah menyatakan kepada sidang akhbar bahawa beliau akan terus mengamalkan gaya hidup secara sederhana kerana baginya, kehidupan seperti itu membuatkan beliau berasa lebih dekat dan selesa ketika bersama dengan keluarga.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kelihatan Lim yang memakai baju kemeja putih sedang makan nasi ayam bersama isteri dan anak bongsunya. Walaupun duduk satu bumbung di restoran bersama dengan rakyat biasa, Lim dan keluarga kelihatan sangat berselera menikmati juadah mereka itu.

Tidak dapat dipastikan ianya sekadar lakonan atau sebaliknya, namun rata-rata netizen telah memberikan reaksi positif terhadap beliau sekeluarga yang kelihatan selesa makan di tempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com