Ini sebab kenapa jenama 1 Malaysia “diharamkan” dibawah kerajaan baru

1Malaysia atau Satu Malaysia adalah satu jenama yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.

Najib berkata, 1Malaysia melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaan, kebersatuan dan kerjasama serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain

Bagaimanapun, setelah kerajaan baharu Pakatan Harapan mentadbir negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘mengharamkan’ penggunaan nama ‘1Malaysia’ dan mengubah beberapa nama projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata pihak KPKT akan menyelaraskan semua projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

Beliau berkata, projek perumahan mampu milik yang akan diselaraskan adalah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Katanya, antara nama projek yang dijenamakan semula adalah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ditukar kepada Perumahan Rakyat Harapan Malaysia.

“Tun M tidak gembira dengan nama ‘1Malaysia’. Hal ini kerana ‘1Malaysia’ disifatkan sebagai satu jenama sedangkan ia merupakan tanggungjawab negara untuk membantu rakyat.

“Oleh itu, Tun M tidak ingin menggunakan ‘1Malaysia’. Inilah antara sebab Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga akan dinamakan semula kepada Bantuan Sara Malaysia, kata Zuraida. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com