Inilah Kucing Tertua Di Dunia! Umurnya sudah mencecah 30 tahun

Dipetik laporan menerusi laman Bored Panda, seekor kucing yang bernama Rubble, berasal Exeter, dinobatkan sebagai kucing tertua di dunia.

Pemiliknya, Michele Foster menjumpai Rubble pada tahun 1988 dan masih merayakan ulang tahun Rubble yang ke-30 yang jatuh pada bulan Mei.

Michele yakin rahsia umur panjang Rubble disebabkan kerana beliau terlalu memanjakan kucingnya dengan penuh kasih sayang. Dengan umurnya yang mencapai 30, ia telah menobatkan Rubble sebagai kucing tertua di dunia!

Rubble yang pertama kali dijumpai oleh Michele pada tahun 1998, telah menjadi kucing kesayangan pemilik tercintanya mulai hari itu.

Sejak kecil, Rubble dirawat dan dijaga oleh Michele dengan penuh kasih sayang dan sangat dimanja. Lihat saja tempat tidurnya, agak hebat bagi seekor kucing kann.

Dan percaya atau tidak, Rubble terbukti masih terus setia menemani Michele di usianya yang boleh kita kategorikan sebagai “warga emas”.

Direkodkan, kucing tertua di dunia yang pernah hidup adalah Creme Puff yang lahir pada 3 Ogos 1967 dan meninggal pada 6 Ogos 2005. Umur Creme Puff mencapai 38 tahun lebih 3 hari pada hati kematiannya.

Ketika ditanya, Michele sendiri merasa bertuah kerana memiliki kucing yang bukan saja panjang umur, tetapi juga setia seperti Rubble.

Persoalannya kini, apakah Rubble mampu “mengalahkan” rekod Creme Puff sebagai kucing dengan usia tertua yang pernah ada di dunia? Apapun, selamat ulang tahun Rubble! – UN/Agensi

One thought on “Inilah Kucing Tertua Di Dunia! Umurnya sudah mencecah 30 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.