Kerajaan digesa turunkan kos rawatan penyakit kronik

Bayaran perubatan swasta memang diakui agak tinggi jika dibandingkan bayaran perubatan di hospital kerajaan. Ia kerana kerajaan telah memberi peruntukkan kepada hospital kerajaan.

Bagaimanapun, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajan mengawal selia bayaran perubatan swasta memandangkan kos semasa semakin meningkat dan masih di luar kemampuan kebanyakkan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata penjagaan kesihatan adalah hak pengguna dan bayaran perubatan tidak boleh semata-mata bergantung kepada pasaran atau keuntungan sebaliknya perlu dilihat dari sudut kebajikan juga.

Beliau berkata, penyelesaian yang lebih teguh perlu dilakukan dengan segera oleh kerajaan supaya ia tidak menjejaskan pengguna.

“Apa yang penting sekarang ia mestilah lebih berpatutan kepada semua. Kita perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk manfaat pengguna,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Martin Khor mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan kos rawatan seperti Hepatitis C dengan menurunkan harga ubat-ubatan lain sekali gus dapat mengurangkan bayaran perubatan.

Katanya, penggunaan hak kerajaan di bawah Akta Paten 1983 (Akta 291) perlu diperluas kepada ubat-ubatan lain agar pesakit dapat manfaat dengan pengurangan kos bayaran secara keseluruhan.

“Perjanjian perdagangan antara Malaysia dan negara lain juga menjadi penyebab harga ubat meningkat. Ini antara isu penting yang perlu diteliti kerajaan baharu,” katanya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com