Kontroversi Video Beronani.., Syafiq Kyle nasihat netizen agar bermuhasabah diri..

“Saya sudah tidak mahu komen apa-apa lagi. Saya, Syafiq Kyle dah letak full stop!” Begitulah luahan pelakon baru yang memanaskan dunia hiburan tempatan dengan insiden lucah terlampau di media sosial.

Pelakon yang terpalit kontroversi video lucah itu menegaskan, dia enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

Memetik Astro GEMPAK, Syafiq menyeru orang ramai untuk bermuhasabah diri dan meraih peluang membersihkan dosa di bulan mulia ini.

“Kehidupan saya sekarang seperti biasa dan banyak yang saya pelajari daripada perkara yang berlaku pada bulan Ramadan ini.

“Kira rebut peluang untuk bersihkan dosa, sama seperti saya seorang manusia biasa. Saya mahu bersihkan dosa-dosa saya dan memang itu hajat saya setiap kali tibanya Ramadan.

“Berjaya atau tidak, biar diri sendiri yang tahu,” katanya. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com