Leman Raja Lawak mahu penyokong PH hentikan politik dendam

Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak mahu penyokong dan pimpinan Pakatan Harapan jangan mengamalkan politik dendam selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Kata beliau yang merangkap sebagai ketua Parti Amanah Negara (PAN) kawasan Sik, sikap dendam terhadap golongan artis juga tidak patut ada.

“Adalah tidak wajar politik dendam terbawa-bawa dalam saluran media sosial sehingga melibatkan rezeki sesetengah individu terlibat.

“Sebagai seorang artis, mereka juga berhak untuk memilih apa jua parti yang mereka rasakan terbaik untuk mereka.

“Sikap menghormati orang lain serta orang lain juga akan menghormati kita harus ada walaupun berbeza pandangan politik,” kata pemimpin PAN itu.

Beliau berkata, saranan kerajaan Pakatan Harapan agar diwujudkan perubahan dalam keseluruhan pentadbiran tidak bermaksud perlu meminggirkan artis yang menyokong UMNO.

Sulaiman juga berkata, apa yang sedang ditularkan menerusi laman media sosial tentang Dato Rosyam Noor agar jangan menyokong pasar raya ST Rosyam Mart yang baru dibukanya kerana beliau merupakan penyokong tegar UMNO merupakan akhlak yang tidak wajar dipamerkan.

“Seharusnya galakan dan dorongan dalam apa jua bentuk kebajikan harus diberikan bagi membantu golongan artis lebih maju ke hadapan.

“Tidak dapat dinafikan masih ramai penyokong bersifat fanatik dalam sesuatu isu.

“Namun begitu tidak harus wujud sifat menghukum dan menyekat pintu rezeki orang lain hanya kerana perbezaan pandangan politik,” kata beliau. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com