Semua had laju jalan Persekutuan dan Negeri diturunkan

Kemalangan jalan raya bagai menjadi perkara biasa didengari di negara ini. Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari insiden kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa dilaporkan di media dan jumlah itu semakin meningkat terutamanya menjelang musim perayaan.

Dilaporkan tahun lalu, sebanyak 17,147 jumlah kemalangan telah direkodkan di seluruh negara setakat hari ke-11 Op Selamat 2017 berbanding tempoh yang sama, tahun lalu iaitu 15,527 kemalangan.

Peningkatan 1,620 kes atau 10 peratus itu disebabkan oleh sikap terburu-buru pengguna jalan raya pulang ke destinasi masing-masing ketika musim perayaan ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya (KKR) Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Aidilfitri untuk penyelesaian kemalangan jalan raya dengan mengurangkan had laju kenderaan sebanyak 10km/sejam.

Kementerian itu berkata, sekiranya sebelum ini jalan Persekutuan had laju daripada 90km/sejam akan diturunkan kepada 80km/sejam, dan jalan negeri sebelumnya 70km/sejam akan diturunkan kepada 80km/sejam.

Kata kementerian, penurunan had laju itu akan mula dikuat kuasa bermula 8 Jun sehingga 22 Jun depan, dan akan dipantau menerusi Operasi Bersapadu (Ops Bersepadu).

“Kita akan mengeluarkan arahan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menukar papan tanda had laju di dua jenis jalan berkenaan.

“Ini bagi mengelak berlaku kekeliruan dikalangan pengguna jalan raya yang bakal menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri pada musim perayaan nanti,” kata kenyataan itu. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com