UiTM bukan sekadar pusat pengajian “Cap Ayam”

Universiti Teknologi Mara (UiTM) antara gedung untuk anak-anak bangsa Melayu mendapat pendidikan tinggi. Memang tidak dapat dinafikan peranan UiTM memperjuang dan memartabatkan kaum Melayu dan mengimbangi kedudukan kaum Melayu dalan negara ini.

Bagaimanapun, walaupun UiTM telah melahirkan kaum Melayu yang berjaya dan berdaya saing tetapi masih terdapat sesetengah pihak yang memandang lekeh atau menganggap pusat pengajian itu sekadar ‘cap ayam’.

Seorang pengguna twitter dikenali dengan Nina Nadira membandingkan antara dua universiti tempatnya pernah belajar. Nina berkata pengalaman belajar di UiTM semasa diploma adalah lebih mencabar berbanding pengalaman menyambung belajar di peringkat ijazah di Universiti Deakin, Melbourne.

Menurutnya, UiTM mempunyai standard tersendiri dan para pensyarah lebih berdedikasi serta lebih tegas dengan kehadiran pelajar di setiap kuliah mereka.

“Saya mengambil pengajian diploma di UiTM, dan menyambung belajar ke peringkat ijazah di Universiti Deakin, Melbourne. Sejujurnya, pengalaman belajar di UiTM adalah lebih mencabar berbanding belajar di Australia.

“Pensyarah sungguh berdedikasi, tugasan yang diberikan lebih sukar dan mereka sangat tegas dengan kehadiran pelajar ke kuliah,” ujarnya.

Tweet Nina telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak yang turut bersetuju dengan pendapat Nina. Malah, ada yang turut berkongsi terdapat pelajar UiTM yang gagal hadir kuliah akan dicari oleh anggota Polis Bantuan UiTM.

Walaupun tindakan itu dilihat sesetengah pihak sebagai agar keterlaluan tetapi dari sudut positif itu menunjukkan pihak universiti sangat mengambil berat tentang masalah pelajar. Tetapi, walau di mana pun tempat seseorang itu menyambung belajar berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup dengan keputusan yang cemerlang. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com