Akaun tak aktif, setengah juta pendeposit mungkin tak terima dividen Tabung Haji

Sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan para pendeposit yang tidak aktif agar mengaktifkan semula akaun mereka. Akaun pendeposit yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif.

Hampir 500,000 akaun pendeposit didapati tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.

“Kami telah mengenal pasti hampir 500,000 akaun pendeposit yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut dan ia membabitkan jumlah sebanyak RM 62.8 juta,” katanya.

Terbaharu, TH berkata bermula 9 Jun 2018 sekiranya pendeposit masih tidak mengaktifkan akaun, pendeposit tidak akan menerima agihan dividen sebagai Hibah Tahunan atau Hibah Haji.

Katanya, tindakan mengaktifkan akaun pendeposit adalah sebagai langkah keselamatan bagi melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan.

“Akaun pendeposit TH yang tidak aktif melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan dipindahkan ke kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’.

“TH juga menegaskan bahawa akaun-akaun tersebut tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018,” tulis kenyataan terbabit.

Sehubungan itu, para pendeposit diminta mengaktifkan akaun hanya dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti transaksi simpanan atau pengeluran wang.

Transaksi itu boleh dilakukan dimana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Pendeposit juga boleh membuat urusan simpanan di pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com