Aliff Syukri luah rasa simpati pada Datin Seri Rosmah..

Apabila kita mencela seseorang, tidak usahlah mencela kepada fizikalnya. Seharusnya yang dicela adalah perbuatan buruk yang dilakukan seseorang. Itulah ajaran agama yang telah diterapkan sejak dahulu.

Perbuatan mencela di alam maya atau buli siber ini bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat biasa, malahan sudah menjadi satu kewajipan untuk mencela pemimpin atau selebriti yang tidak disukai.

‘Hobi’ baharu masyarakat itu turut mendapat perhatian usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri. Sebentar tadi, Aliff telah memuat naik sebuah kapsyen yang meluahkan rasa kesalnya kepada netizen kerana menggunakan media sosial untuk menghina Datin Seri Rosmah Mansor, isteri mantan Perdana Menteri.

Dalam luahannya itu, Aliff menyatakan di serata pelosok dunia orang memperkatakan tentang Rosmah. Setiap gerak-gerinya diperhatikan dan diadili serta mendapat kritikan hebat.

Oleh kerana itu, Aliff berkata dia perlu berfikir dua kali untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Aliff juga mengakui pada awalnya dia menyangkakan hanya perkara yang indah sahaja berlaku apabila terlibat dengan politik, tetapi sebenarnya tidak.

Betul jugak seperti apa yang dikatakan oleh Aliff Syukri tu.. Netizen sekarang ni semakin ramai yang tak tahu menghormati orang yang lebih tua. Kalau salah sekalipun individu berkenaan, itu bukannya lesen untuk kita menghina dan mencerca beliau.

Yang tukang kutuk tu baik sangat ke sampai semua hal dorang nak kecam? Bajet2 suci jangan-jangan si tukang kutuk tu lagi teruk dari individu yang dikutuknya.. – UN/Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com