Baju ketat anak perempuan DS Vida jadi kecaman Netizen

Semakin kita dekat dengan hari lebaran, semakin kerap lagu-lagu raya dimainkan. Tidak kiralah lagu lama, mahupun lagu baharu, semuanya membangkitkan semangat raya!

Lagu Lavida Raya, nyanyian usahawan kosmetik popular Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang rancak menggamit perasaan orang ramai untuk turut sama menyanyi dan menari.

Terbaru, pelakon Nora Danish memuat naik video di laman Instagram yang menunjukkan dia dan beberapa selebriti lain turut sama menari bersama DSV dan anak-anaknya bagi menghangatkan lagi suasana dalam rancangan PopTV yang bersiaran di ntv7.

Memang ceria dan meriah habis! Penonton juga terhibur dengan gaya menari ditunjukkan masing-masing terutama anak DSV, Cik B dan Kacak.

Namun, suasana ceria dikeruhkan dengan cemuhan netizen yang mengutuk Cik B kelihatan selekeh berpakaian demikian hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.

Kesian Cik B terpaksa pakai baju ketat

“Mak kaya kot, takkan tak boleh ubah anak jadi elok sikit?” komen netizen.

Alahai, netizen pun suka sangat telek satu-satu supaya jumpa bahan untuk mengeji orang lain. Tak salah menegur, tetapi sebaiknya tegurlah dengan cara dan saluran yang betul. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.