Cabaran hebat mendidik anak perempuan di zaman sekarang

Semua ibubapa di dunia ini mahu setiap anak mereka yang dilahirkan didikan menjadi berguna serta berjaya dalam hidup. Tetapi, mendidik anak-anak ini bukanlah perkara mudah sebaliknya setiap hari adalah mencabar dalam mendidik anak-anak.

Malah, adalah lebih mencabar mendidik anak perempuan di zaman sekarang ini. Orang tua pernah berkata, “Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan”.

Walaupun mencabar dalam mendidik anak perempuan tetapi sebagai ibubapa cabaran itu akan menjadi lebih mudah sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Allah SWT dan Rasul telah menjanjikan balasan yang besar buat ibubapa.

Mendidik anak perempuan perkara penting adalah mengenai aurat, pergaulan, maruah diri, nama baik keluarga dan agama. Seorang ibu berkongsi kisah mendidik anak perempuan jika dahulu ketika masih kecil tidak terasa cabarannya namun apabila semakin besar banyak cabaran yang dilalui.

Katanya, menjaga anak perempuan ini tidak sama seperti menjaga anak lelaki, tugasnya berat dan tanggungjawabnya besar. Apabila ada anak perempuan jangan dibeli atau dipakaikan pakaian yang seksi sebaliknya ajar memakai tudung litup.

“Bila ada anak perempuan, tak boleh dibiar tidur sana sini. Mereka perlu diajar untuk tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada di mana-mana dan jangan percaya kepada sesiapa.

“Bila ada anak perempuan, ajar mereka mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan, sentiasa menemani mereka. Biar kita susah hari ini dari menangis di kemudian hari.

“Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang pada diri sendiri kerana diri mereka sangat berharga,” katanya.

Apabila anak semakin membesar kebanyakkan mereka sudah memiliki telefon pintar sendiri, sebagai ibubapa periksa dan ambil tahu apa yang berada dan ditulis dalam telefon terbabit.

Tiba satu waktu anak perempuan terpaksa dilepaskan atau hidup berjauhan. Ibu bapa haruslah sentiasa ajar dan ingatkan mereka untuk menjaga diri, maruah diri dan keluarga.

Apapun, setelah segalanya telah diajar kepada anak-anak, teruskanlah berdoa. Mohon Allah SWT jaga kehormatan diri, keselamatan mereka dan moga-moga Allah lindung. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com