Kajian menunjukkan usia 26 tahun paling sesuai berkahwin

Bagi kebanyakkan negara termasuklah Malaysia isu perkahwinan di usia masih muda adalah realiti yang sering berlaku. Ramai antara remaja sudah mendirikan perkahwinan di usia yang masih muda setelah menemui cinta.

Namun begitu, sebenarnya pada usia berapa paling sesuai untuk berkahwin dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta ibubapa?

Menurut kajian, usia yang terbaik dan sesuai untuk berkahwin adalah 26 tahun. Wartawan Brian Christian, dan penyelidik bidang kognitif Tom Griffiths, berkata sebaiknya anda perlu mengikuti aturan 37% jika ingin mencari pasangan hidup.

Aturan 37% ini akan mengira secara algoritma dan membantu memutuskan sesuatu. Anda perlu menapis pelbagai pilihan dalam masa terhad dan jika dilaksanakan, contohnya diandaikan bahawa mencari pasangan dilakukan dari usia 18-40 tahun, usia terbaik untuk berkahwin adalah usia 26 tahun.

Ada yang menganggap usia tersebut masih muda dan masih belum puas untuk berhibur, tapi jika anda berkahwin selepas usia tersebut, ada penurunan kesempatan mencari pendamping hidup yang baik.

Namun, itu semua hanyalah kajian sahaja kerana jodoh datang pada bila-bila saja dan tiada siapa tahu bila.

Tetapi, perkahwinan di usia terlalu muda atau bawah umur juga menunjukkan kesan negatif dalam rumahtangga kerana pasangan dilihat masih tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Akhirnya, di awal usia perkahwinan tidak sampai 5 tahun pasangan muda sudah pun bercerai. Apabila berlaku penceraian individu yang paling menerima impak adalah anak-anak. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.