Lelaki ini ceraikan isteri selepas 15 minit berkahwin..

Siapapun pasti tidak akan pernah mengharapkan perceraian menjadi sebahagian dari pernikahan mereka. Apatah lagi kalau menikah dalam waktu singkat dan berakhir dengan perceraian seperti pasangan di Dubai ini.

Dipetik dari Gulf News, pasangan tersebut bercerai setelah 15 minit mereka secara rasmi mengikat janji suci dalam pernikahan.

Mesti korang tertanya apakah alasan si pengantin lelaki menceraikan perempuan pujaan hatinya tersebut. Jawapannya adalah kerana wang ringgit!

Memang betul wang ringgit tak boleh membawa bahagia, tetapi kes ini membuktikan bahawa wang ringgit boleh menyebabkan kita merana.

Kedua-dua pasangan terbabit bercerai gara-gara wang hantaran yang tidak dibayar oleh keluarga pengantin lelaki seperti yang dijanjikan.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, keluarga pengantin lelaki dikatakan telah bersetuju untuk membayar wang hantaran sebanyak 100 ribu dirham kepada pengantin perempuan.

Mengikut perjanjian, separuh jumlah wang hantaran tersebut dibayar sebelum bernikah, dan separuh lagi harus diselesaikan sebaik saja pernikahan dilangsungkan.

Malangnya, timbul perbalahan apabila pihak pengantin lelaki tidak membawa bersama baki wang hantaran ke majlis perkahwinan tersebut.

Keluarga pengantin perempuan pula tetap mendesak mahukan wang hantaran diberikan secara penuh walaupun pihak pengantin lelaki meminta diberikan masa untuk mereka mengeluarkan wang di bank berhampiran.

Akhirnya, pengantin lelaki terbabit terus menceraikan isteri yang baru dinikahinya selama 15 minit akibat merasa terhina dengan desakan dari keluarga pengantin perempuan sewaktu majlis pernikahan itu.

Begitulah akibatnya jika semua perkara dilakukan dalam keadaan tidak sabar dan juga bertolak ansur. Tak pasal-pasal si anak jadi Janda Berhias di hari perkahwinannya sendiri. – UN/Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com