Pemilik kenderaan wajib kemaskini alamat.. – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa orang ramai untuk tidak mengambil mudah mengenai alamat semasa pada rekod pendaftaran kenderaan masing-masing dan meminta orang ramai mengemaskini alamat semasa dengan segera.

Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat JPJ Malaysia menjelaskan kegagalan untuk melakukan perkara terbabit sebenarnya adalah satu kesalahan berdasarkan subseksyen 58A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957.

“Subseksyen ini mewajibkan tiap-tiap pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor atau pemegang lesen pemandu yang bertukar alamat rumah di Malaysia, hendaklah memaklumkan pertukaran itu dalam tempoh dua bulan.

“Kegagalan melaksanakan sedemikian atau memberikan alamat yang tidak lengkap atau palsu, adalah melakukan suatu kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diharap dapat memberikan kerjasama dengan mengemaskini maklumat dan alamat semasa terkini di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC di Seluruh negara secara percuma.

Menurutnya, bagi individu yang sudah mempunyai ID mySIKAP boleh mengemaskini alamat secara atas talian tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat JPJ Negeri.

“Di samping itu, sesiapa yang mempunyai ID mySIKAP awam, boleh berbuat demikian secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.

“Justeru, orang ramai digalakkan untuk mendaftar dan mendapatkan ID mySIKAP awam bagi memudahkan pelbagai urusan berkaitan dengan JPJ,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com