Perbelanjaan Istana akan dikaji semula oleh kerajaan PH

Dakwaan berkenaan peruntukan ke atas Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan kira-kira RM257 juta untuk tempoh Januari hingga April tahun ini akan diteliti oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkata beliau ada mendengar tentang hal tersebut tetapi belum membaca artikel berkenaan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri itu, dakwaan terbabit akan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan kebenarannya sebelum memberitahu kepada media nanti.

“Dengar orang cerita sahajalah. Saya belum tengok lagi,” katanya.

“Saya nak kena tengok dulu. Perbelanjaan untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke, saya tak tahu.

“Saya kaji, tengok. Saya maklum nanti,” kata Mahathir.

Beliau berkata demikian semasa mengulas berkaitan artikel Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Baru-baru ini, A Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog beliau berkongsi tentang purata perbelanjaan sebulan dibelanjakan Sultan Muhammad V sejak baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan.

Ia juga termasuk pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com