Umat Islam di Malaysia diseru bantu pemulihan Gaza

Di bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat Malaysia diseru untuk menunjukkan solidariti dengan membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza dengan menghulurkan bantuan untuk usaha-usaha pemulihan Gaza kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Dua wakil Mapim telah berangkat ke Gaza untuk misi ‘Wake-Up 4 Gaza: Freedom Humanitarian Mission’. Misi berkenaan adalah untuk memecahkan sekatan, menyatakan solidariti dan sudah pasti menghantar bantuan kemanusiaan bersama 18 delegasi mewakili Eropah dan Timur Tengah.

Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, rakyat Malaysia perlu membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza dan misi yang dijalankan menunjukkan kesan positif sejak diusahakan.

“Mapim menyeru rakyat Malaysia dapat bersama menunjukkan solidariti dalam bulan Ramadan ini untuk membantu mengurangkan penderitaan rakyat Gaza.

“Misi ini juga menampakkan kesan positif daripada kempen “Great Return March” yang diusahakan sejak dua bulan yang lalu dan ia adalah kejayaan besar buat Malaysia khasnya dan Mapim khususnya setelah percubaan sejak lima tahun lalu gagal,” katanya.

Jelasnya, tindakan tentera Israel menembak dan membunuh lebih 212 orang awam Palestin dan mencederakan lebih 9,000 penunjuk perasaan Palestin di sempadan Gaza-Israel menunjukkan komuniti antarabangsa masih gagal untuk membebaskan Gaza dari kepungan Israel.

Katanya, sejak 12 tahun Israel membuat kepungan ke atas Gaza terdapat seramai 2 juta rakyat Palestin di wilayah Gaza telah mengalami penderitaan dalam pelbagai aspek seperti kehidupan, tempat tinggal, makanan, kesihatan, pekerjaan, infrastruktur, bekalan air, elektrik serta pendidikan.

Orang ramai yang ini membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza boleh menyumbang menerusi akaun Maybank (Dana MAPIM) bernombor akaun 562834636620 atau INFAQ di www.billplz.com/tabungkilatgaza. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com