Anak gadis dinasihatkan jangan terlampau pemurah kepada teman lelaki

Wanita ini memang mempunyai sikap yang mudah lembut hati atau pemurah. Disebabkan itu, ramai wanita yang terlalu pemurah memberikan duit sendiri kepada teman lelaki atau tunang.

Tidak salah untuk membantu teman lelaki atau tunang yang mungkin dalam kesusahan tetapi janganlah sampai semua benda wanita sahaja yang keluarkan duit.

Pelakon keturunan Cina mualaf, Adam Corrie Lee Abdullah, menasihati anak dara atau wanita yang belum berkahwin untuk tidak terlalu baik hati mengeluarkan duit sendiri dan diberikan kepada teman lelaki atau tunang.

Katanya, wanita jangan terlalu mudah memberi duit sendiri kerana apabila sudah berkahwin meraka dah menjadi biasa menggunakan duit wanita sedangkan duit nafkah isteri perlu diberikan suami.

“Nanti dah kahwin, mereka dah biasa perempuan bagi duit. Duit nafkah rumahtangga nanti diorang tak bagi.Tak larat dah nak bagi nasihat.

“Jangan bagi ikan, bagilah kail supaya mereka boleh mencari rezeki sendiri dan menjana pendapatan kelak.

“Tolong jangan mengadu dengan saya, teman lelaki atau tunang asyik minta duit dari anda. Anda yang rela bagi duit sebab kesian dan cinta..sanggup bagi semua duit, body dan segalanya.. tanya diri sendiri,”katanya.

Adam berkata, apabila sudah terbiasa diberikan duit oleh wanita, ramai lelaki akan lepaskan tanggungjawab bila tahu pasangannya boleh tanggung semuanya.

Menurutnya, sekiranya lelaki berasa duit hantaran yang diletakkan terlalu mahal lebih baik berbincang dengan keluarga wanita untuk kurangkan dan tunjukkan kepada keluarga wanita anda mampu sara hidup dan jaga anak perempuan mereka.

Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah, sekiranya sudah terbiasa diberi duit oleh wanita dibimbangi tanggungjawab sebagai ketua keluarga akan diletakkan sepenuhnya kepada wanita.

Apapun, wanita buatlah keputusan yang bijak sebelum mendirikan rumahtangga. Alam perkahwinan ini bukanya hanya tentang cinta semata-mata ia melibatkan tanggungjawab yang besar harus dipikul oleh suami dan isteri. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.