Kadir Jasin letak jawatan serta merta selepas ditegur Anwar

Susulan siasatan polis ke atas tulisan di blognya yang mengkritik Raja-Raja Melayu, wartawan veteran, A Kadir Jasin meletakkan jawatan sebagai ketua media dan unit komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan secara serta merta.

Bernama melaporkan peletakan jawatannya hari ini.

Pada Khamis lalu, penyokong kuat Tun Mahathir tersebut turut ditegur oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kerana didakwa menggunakan kedudukan yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang Raja-Raja Melayu.

Menurut Anwar, serangan terhadap institusi Raja-Raja Melayu itu dibuat dengan fakta meragukan dan Raja-Raja Melayu tidak boleh menjawab tuduhan berkenaan.

Kadir dalam penjelasan di blognya berkata, tulisan asalnya itu dibuat atas kapasiti peribadi dan tiada kena mengena dengan jawatannya.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun juga pada Khamis mengesahkan polis menyiasat bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu disiasat di bawah tiga akta.

Ia dijalankan mengikut Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – 9 Jun, 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com