GST dan kos sara hidup punca utama UMNO tumbang.. – Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li percaya bahawa Umno akan kembali sebagai pembangkang yang kuat selepas pemilihan parti yang akan diadakan 30 Jun ini.

“Kami akan buat perubahan dan kami akan kembali sebagai sebuah organisasi yang kuat,” katanya.

Ku Li bagaimanapun berkata parti itu menerima hakikat bahawa mereka tewas pada pilihan raya dan memohon maaf kepada semua rayat Malaysia atas kesilapan parti.

“Kami memohon maaf kepada rakyat atas kegagalan dan kesilapan kami. Kami ikhlas memohon maaf.

“Sekiranya mereka fikir kita ada buat salah kepada mereka, kami memohon maaf sebagai sebuah parti,” katanya dan menambah walaupun beliau tidak bercakap bagi pihak parti komponen lain, beliau merasakan perlu untuk memohon maaf.

Selain itu, Ku Li juga menyifatkan Umno kalah dalam permainan persepsi dengan masyarakat umum yang menyebabkan kejatuhan parti itu.

Beliau juga menyifatkan, kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan isu utama yang membawa pembangkang menawan Putrajaya tanpa ragu.

“Pada saya ini merupakan faktor utama mengapa rakyat di kedua-dua bandar dan kawasan luar bandar, tidak memilih kita, tidak menyokong kita.

“Selain itu ia adalah permainan persepsi yang mana kita kalah,” kata beliau pada satu sidang media hari ini.

Ku Li juga kesal kerana jelas parti Umno gagal didalam menguruskan persepsi khususnya yang membabitkan bekas presiden Umno Najib Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum PRU14 lalu.

“Saya tidak mengkhususkan apa-apa kerana rakyat lemparkan pelbagai sindiran kepada kita semasa pilihan raya.

“Dan tiada apa yang dominan, satu-satunya perkara yang dominan adalah perdebatan sama ada kawasan bandar dan luar bandar adalah persoalan bagaimana kita selesaikannya,” katanya. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com