Kegiatan penipuan Sindiket Macau Scam semakin membimbangkan

Sindiket penipuan panggilan palsu Macau Scam bukan sesuatu perkara yang baru. Peningkatan kes penipuan sindiket ini sehingga melibatkan kerugian wang semakin membimbangkan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan menegaskan agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sindiket penipuan Macau Scam ini.

Katanya, dalang kegiatan penipuan panggilan palsu ini adalah dari kalangan rakyat negara asing sehingga menyebabkan mangsa menanggung kerujian lebih RM27 juta.

“Di Pulau Pinang kita ada hampir 520 kes dilaporkan dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa adalah lebih RM27 juta.

“Hasil siasatan, kita berjaya menahan seramai 350 orang yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut dan ramai yang telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, jumlah peningkatan kes penipuan ini bermula sejak 2016 hingga 6 Jun 2018 dan sindiket ini sering menggunakan modus operandi yang sama memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis dan sebagainya.

“Modus operandi mereka adalah buat panggilan melalui telefon kepada mangsa dengan perkenalkan diri sebagai pegawai bank, kastam, polis dan mahkamah.

“Mereka kata sesuatu yang takutkan penerima panggilan dengan cara buat tohmahan kononnya telah buat kesalahan undang-undang, terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah mahupun pengubahan wang haram.

“Dikatakan pihak berkuasa akan membeku akaun bank mangsa. Kalau nak selamat, mereka kononnya boleh bantu sebelum meminta nombor akaun bank mangsa untuk pemindahan wang,” katanya.

Jelasnya, ramai mangsa hanya mula disedari telah menjadi mangsa ditipu apabila akaun bank mereka telah kehabisan wang.

“Apabila dapat maklumat, mereka akan curi wang dalam akaun mangsa. Kebanyakan mangsa sedar mereka ditipu setelah kehabisan wang.

“Pihak polis dah buat siasatan dan kita alami masalah sebab nombor telefon digunakan mereka seolah-olah benar daripada bank dan polis.

“Itu satu teknologi untuk tipu, walhal itu bukan nombor betul. Ia sedang kita teliti untuk kenal pasti bagaimana ia beroperasi,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com