Mufti Perak mahu JAKIM kekal dan diperkasa, bukan dihapuskan

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah sebarang usaha untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaliknya berharap jabatan itu terus diperkasakan.

Beliau berkata, jabatan itu telah banyak membantu dalam menyelaraskan pentadbiran institusi keagamaan di peringkat pusat dan negeri.

“Peranan Jakim ketika ini sudah cukup baik dan sekiranya ada cadangan bagi pembubaran badan itu, saya bimbang hubungan penyelarasan di antara kerajaan pusat dan negeri akan terputus.

“Jika kajian semula dilakukan kerajaan pusat bertujuan memperkasa peranan Jakim, ia memang sesuai selaras kepentingan peranan jabatan itu,” katanya.

Menurutnya, jika Jakim dibubarkan dibimbangi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terpaksa membawa diri sekaligus mengeluarkan fakta bercanggah dalam sesuatu perkara (berkaitan hukum dan pentadbiran Islam).

Justeru, mencadangkan peranan Jakim diperksana sebagai jambatan utama serta penyelesaian muktamad antara MAIN.

“Kita tidak mahu jika Jakim dibubarkan, berlaku percanggahan pengeluaran fatwa di setiap negeri), sebagai contoh di Johor fatwa lain, di Perak fatwa lain,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Katanya, langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com