Projek perumahan PR1MA di P.Pinang ditukar nama

Pojek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dijenamakan semula dengan cadangan nama baharu kepada Perumahan Rakyat Harapan Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo yang mencadangkan nama baharu itu berkata tiga lokasi projek perumahan itu sudah dikenal pasti di Pulau Pinang.

“Tiga lokasi untuk projek perumahan itu ialah dua di bahagian Pulau iaitu di Gelugor dan Batu Feringhi manakala di tanah besar ialah di Permatang Pauh,” katanya.

Jagdeep berkata, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah melaksanakan sebarang projek unit PR1MA di negeri terbabit.

Justeru, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan bekerjasama untuk melaksanakan perumahan itu untuk manfaat rakyat.

Selain itu, Jagdeep berkata kerajaan negeri juga akan mengemukan cadangan untuk melaksanakan projek pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di negeri ini memandangkan Pulau Pinang belum memiliki perumahan PPA1M.

Walaupun, Jagdeep mendakwa projek PR1MA tidak pernah dilaksanakan di negeri terbabit tetapi hakikatnya sudah terdapat satu projek PR1MA berkeluasan lebih empat hektar di Mukim 4, Permatang Pauh telah dijalankan sejak 27 Julai lepas dan dijangka siap kira-kira tiga tahun lagi.

Sebelum ini, sudah terdapat lima PR1MA yang menawarkan keseluruhan 15,392 unit kediaman diperuntukkan untuk negeri terbabit iaitu di Sungai Pinang (6,796 unit), Teluk Kumbar (3,944 unit), Permatang Pauh (1,017 unit), Batu Ferringhi (1,248 unit) dan Tasek Gelugor (2,387 unit).

Pembinaan PR1MA di Batu Ferringhi dan Tasek Gelugor masih menunggu kelulusan sementara PR1MA di Sungai Pinang dan Teluk Kumbar pula dalam peringkat rundingan dengan kerajaan negeri. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com