Syed Saddiq akui berlaku salahguna dalam Program Jualan Harapan Rakyat

Program Jualan Harapan Rakyat anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo HARAPAN, dikecam hebat oleh netizen didalam media sosial kerana didakwa meniru Program Jualan Sentuhan Rakyat oleh kerajaan BN terdahulu.

Selain didakwa meniru, Program Jualan Harapan Rakyat juga dikritik kerana menggunakan logo parti politik sehingga ianya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Jika dahulu Program Jualan Sentuhan Rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dikutuk dan dianggap sebagai sandiwara pemimpin BN untuk menipu rakyat, kini selepas ditukar dengan ‘nama baru’, program yang sama diwar-warkan sebagai hasil inisiatif kerajaan PH yang mampu memberi kemudahan kepada rakyat

Bagi meredakan kritikan netizen, Ketua pemuda BERSATU, Syed Sadiq Abdul Rahman menegur kerajaan Pakatan Harapan kerana dilihat menyalahgunakan jentera kerajaan.

Beliau menganggap “Program Jualan Harapan Rakyat” anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo HARAPAN, tidak bertepatan dengan prinsip kerajaan.

“Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.

“Kenapa ada logo HARAPAN?” Soal beliau dalam satu hantaran Twitternya.

Program ‘ciplak’ tersebut berlangsung di pasar Bandar Baru Ampang yang dikatakan menjual barangan keperluan pada harga yang rendah.

Syed Saddiq berkata beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu.

“Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan,” katanya. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com