UMNO perlu lebihkan penglibatan dalam media sosial

UMNO perlu melibatkan diri lebih banyak dengan rakyat, khususnya lebihkan penglibatannya dalam media sosial.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, UMNO perlu muhasabah diri dan segera bangkit membuat perubahan untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat kepada parti berkenaan.

Katanya, ini adalah waktunya parti tersebut perlu betul-betul mesti berani muhasabah diri.

Beliau berkata, sekiranya kegagalan memberi nafas baru kepada parti itu, ia akan menyebabkan masa depan UMNO parah.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, pemilihan parti yang akan diadakan pada 30 Jun ini diharap menjadi medan pembaharuan semula parti itu selepas kalah dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lepas.

“Kita pun kurang pembabitan dalam media sosial. Hubungan dengan rakyat mungkin kurang.

“Cara kita berjuang, cara melaksana polisi dan perundangan. Mereka mahu budaya dalam UMNO ditukar.

“Saya percaya ini masanya UMNO mesti berani muhasabah diri. Kalau kita tak berubah saya khuatir akan parah selama-lamanya nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, kekalahan UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) bukan disebabkan persepsi pengundi terhadap isu-isu negara semata-mata dan ianya bergantung kepada pelbagai faktor.

Beliau berkata, kemungkinan mereka mahu UMNO dan BN bertukar wajah.

“Isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysian Development Berhad (1MDB), isu mereka mahu perubahan dalam UMNO, mahu cara baru, dan tidak mahu ada warlord (pembesar tempatan), mereka mahu (UMNO) lebih inklusif,” kata beliau yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang disandangnya. –Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com