UMNO tetap akan kekal sebagai parti orang melayu

UMNO merupakan parti Melayu dan ia akan tetap menjadi parti Melayu kerana sokongan di peringkat akar umbi masih kuat sejak ia ditubuhkan, tegas pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Li.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada parti berkenaan akan membuka keahliannya kepada bukan Melayu dan Bumiputera.

Sebelum ini, Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah mencadangkan supaya parti itu mempertimbangkan untuk membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia ekoran kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Cadangan membuka keahlian parti kepada semua kaum dikatakan merupakan antara cadangan yang boleh difikirkan untuk menstruktur semula UMNO.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata, tiada mana-mana parti di negara ini yang bukan berasaskan perkauman.

“UMNO dibentuk 1946 dengan gabungan orang Melayu demi kedaulatan negara.

“Beritahu saya parti mana bukan berasaskan agama.

“Adakah Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bukan berasaskan perkauman? Adakah DAP itu bukan berasaskan perkauman?.

“Kita boleh membuka keahlian UMNO kepada seorang dari kaum India, seorang dari kaum Cina, satu lain-lain untuk jadi parti berbilang kaum tapi wajahnya masih tidak berbilang kaum,” tambah beliau.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mempertahankan pandangannya itu dan menegaskan tidak mendiskriminasi kaum lain. – Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com