Dakwaan kem Azmin kekang Anwar jadi PM tak benar.. – Zuraida

Dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diberi kuasa lebih luas dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk membendung pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar, kata Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini sekadar spekulasi daripada sesetengah pihak sahaja.

“Tidak… Itu adalah persepsi orang ramai kebetulan portfolio yang diberikan kepada (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) Menteri Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida berkata, kebetulan portfolio yang diberikan kepada Azmin iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk beliau mengkaji, melihat dan sebagainya.

“Mungkin selepas itu peringkat-peringkat lain akan berlaku juga untuk dikaji dan dilihat apa yang harus dilakukan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Strait Times Singapura baru-baru ini yang menyebut jawatan yang dipegang Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah untuk mengekang kuasa Anwar, dalam masa sama mengukuhkan kedudukan Timbalan Presiden PKR dalam parti itu.

Laporan berkenaan yang memetik sumber sebagai berkata, turut mendakwa Azmin dan Zuraida berada dalam kem menentang Anwar.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, tidak wujud sebarang kem membabitkan Ketua Anwar dan Azmin dalam parti itu.

Katanya lagi, adalah sesuatu yang mustahil bagi beliau dan Azmin menentang Ketua Umum PKR itu. –Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.