Hanya Cybertroppers UMNO sahaja jawab hujah lawan semasa kempen PRU

Baru-baru ini, Ketua Puteri Umno Bahagian Tenggara, Nur Adibah Sapar berkata, kekurangan cybertrooper yang mengetengahkan segala program dilaksanakan adalah antara faktor kekalahan BN pada PRU14.

Katanya, BN banyak mendekati masyarakat tetapi dari segi cybertrooper tidak banyak menghebahkan kepada masyarakat kerana sikap rendah diri dan tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Namun, Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat sebaliknya apabila berkata faktor kekalahan BN adalah kerana hanya cybertrooper BN sahaja yang menjawap atau berhujah semasa kempen PRU manakala parti komponen lain BN tidak memberi hujah.

Katanya, dibandingkan dengan cybertrooper Pakatan Harapan yang mempunyai empat parti, tiap-tiap parti mempunyai cybertrooper tersendiri untuk memberi jawapan atau hujah-hujah bernas.

“Perlu diingat Harapan mempunyai empat parti di mana tiap-tiap parti mempunyai cybertrooper tersendiri, sedangkan BN hanya ada Umno sahaja yang lain hanya parti komponen yang tidak memberi hujah sangat melainkan Umno.

“Bagi saya tidak timbul soal rendah diri atau tidak mahu menunjuk-nunjuk tetapi netizen hari ini boleh menilai hujah-hujah yang diberi kedua-dua pihak,” katanya

Selain itu, katanya turut berpendapat salah satu faktor utama menjadi kekalahan BN sejak tahun 1999 adalah media sosia.

Jelasnya, dalam beberapa pilihan raya BN sebelum ini tidak terlalu menitikberatkan tentang media sosial berbanding PH lebih menjuarai media sosial.

“Zaman itu kita lihat ia dipelopori penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di mana sehinggalah PRU14 masih nampak Harapan menjuarai media sosial itu termasuklah penggunaan aplikasi WhatsApp dan Facebook.

“Mereka rasa ada unsur kepuasan apabila pandangan mereka diambil kira dan dikeluarkan di media sosial,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com