Perbelanjaan rasmi YDP Agong bukanlah RM 257 juta

Sebelum ini, ahli Jawatankuasa Pembaharuan Peralihan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog peribadinya menyebar dakwaan perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini adalah berjumlah RM257 juta.

Bagaimanapun, The Third Force, telah melaporkan jumlah anggaran perbelanjaan Agong hanya RM13.5 juta bukanlah seperti dakwaan yang tersebar terbabit.

The Third Force turut memuatnaik jumlah peruntukan sebenar Agong bagi tahun 2017 dan 2018 sebagai bukti menafikan dakwaan tidak berasas tersebut.

Menerusi senarai rasmi terbabit menunjukkan bahawa bayaran gaji yang diterima oleh Agong sepanjang tempoh terbabit hanya sekitar RM7.6 juta.

Manakala, perkhidmatan dan bekalan am pula berjumlah sekitar RM5.6 juta selain Aset serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap masing-masing berjumlah RM170,000 dan RM150,000.

Jumlah penuh perbelanjaan terbabit telah membawa sekitar RM13.5 juta sahaja setahun sekaligus menolak spekulasi yang mendakwa Tuanku telah membelanjakan RM257 juta sepanjang 16 bulan berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Dakwaan Kadir bahawa perbelanjaan rasmi Agong sebanyak RM257 juta sebenarnya dipengaruhi daripada perbelanjaan Ratu England, Ratu Elizabeth.

Menurut Laporan Geran Sovereign 2016-17 yang merupakan penyata kewangan tahunan keluarga Diraja British, sebanyak RM224.06 juta telah dibelanjakan bagi tempoh tersebut.

Sekiranya menambah kira-kira peruntukan kasar selama empat bulan kepada jumlah berkenaan, anda akan mendapat kadar yang sama didakwa Kadir mengenai perbelanjaan Agong.

Malah, beberapa senarai menunjukkan seperti perbelanjaan sewa dan pengubahsuaian rumah isteri Agong yang merupakan warganegara Republic Crezh dan Ukraine sangat tidak logik.

Bagaimanapun, tindakan sesetengah pihak melakukan dakwaan mengenai perbelanjaan Agong terbabit telah memburuk-burukan Institusi Diraja selain tidak menghormati Baginda sebagai Ketua Negara. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com