Shamsul Iskandar mahu jawatan Menteri Luar dan Menteri Perlancongan

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin memaklumkan kepada media bahawa kebanyakan nama kepimpinan tertinggi PKR telah dimasukkan ke dalam senarai calon menteri didalam kabinet kerajaan PH.

“Mereka meletakkan semua pimpinan tertinggi (seperti) saya sendiri, Xavier, Saifuddin, semua kepimpinan tertinggi,” katanya yang dipetik dari portal pro PH, Malaysiakini.

Bagaimanapun, Shamsul berkata, beliau tidak tahu portfolio kabinet mana yang diminta PKR kerana surat yang mengandungi senarai nama itu dihantar terus oleh presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Surat itu dihantar oleh presiden sendiri, jadi saya tidak tahu, tetapi menurutnya, dia meletakkan semua nama kepimpinan tertinggi, termasuk wakil presiden, setiausaha agung dan semua itu,” katanya.

Pemimpin PKR itu juga berharap Dr Mahathir bakal mengumumkan barisan kabinet penuh tidak lama lagi kerana sidang parlimen akan datang bermula pada 16 Julai.

Shamsul berkata menteri-menteri baru perlu diberi masa untuk mengkaji secara menyeluruh kementeriannya sebelum sidang parlimen.

“Dan tentu saja, rakyat tertunggu-tunggu untuk mengetahui siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kementerian tertentu dan penggabungan kementerian,” katanya.

Dengan namanya dikemukakan sebagai calon menteri kabinet, Shamsul berkata jika dipilih sebagai menteri, beliau ingin mendapatkan portfolio Kementerian Luar Negeri.

Walaupun beliau memahami pembentukan kabinet sepenuhnya hak perdana menteri, beliau yakin mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan sumbangan dan komitmen antarabangsa.

Beliau juga berminat dengan portfolio Kementerian Pelancongan kerana kawasannya terletak di negeri Melaka.

Shamsul percaya beliau dapat memperkasa industri pelancongan, bukan sahaja di Melaka tetapi juga di negeri-negeri lain seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan.

“Ia sangat berkaitan dengan kawasan yang saya wakili dan saya mempunyai minat untuk membangun serta meneroka lebih banyak industri pelancongan supaya dapat menyumbang pendapatan kepada pentadbiran sekarang,” katanya. –UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.