Cukai pelancongan perlu dimansuhkan untuk kebaikan industri

Kemajuan industri pelancongan dilihat terhalang disebabkan cukai pelancongan. Oleh itu, saranan agar cukai pelancongan dimansuhkan dijangka akan memajukan industri pelancongan kata Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Presidennya Cheah Swee Hee mencadangkan pemansuhan cukai itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) berkata perlaksanaan cukai terbabit menunjukkan kebanyakkan pelancong tidak akan tinggal lama di negara ini.

“Jika kita kenakan kadar sama rata, kita bukan sahaja menggalakkan orang tinggal lebih lama kerana kita mengenakan caj mengikut setiap malam yang mereka menginap,” katanya.

Perlaksaan cukai pelancongan itu adalah mewajibkan tetamu warga asing yang menginap di sesebuah hotel membayar yuran RM10 semalam tanpa mengira taraf hotel berkenaan.

Dalam pada itu, Cheah turut berharap kerajaan akan melaksanakan peraturan baharu tentang hotel tanpa memerlukan lesen seperti yang dipromosikan AirBNB agar dapat mewujudkan medan persaingan yang lebih adil untuk semua pihak.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional telah memutuskan bahawa cukai pelancongan berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Sept tahun lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pelancong warga tempatan dan pemastautin tetap dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan itu.

“Pengecualian itu turut diberi kepada premis penginapan untuk kegiatan keagamaan yang didaftarkan di bawah undang-undang dan bukan untuk tujuan komersial serta premis penginapan yang mempunyai empat atau kurang daripada empat bilik,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com