Harga kereta dijangka naik 3.5% selepas 1 September

Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa 1 Jun. Perlaksanaan itu telah menyaksikan purata penurunan minimum harga kereta.

Antara kenderaan yang menunjukkan penurunan ketara seperti Honda City turun sehingga mencecah RM8,000 dan BMW pula turun harga sehingga RM70,000. Harga penurunan kenderaan baharu itu akan kekal sehingga pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh kerajaan.

Bagaimanapun, selepas perlaksanaan SST harga kenderaan dijangka akan meningkat 3.5 peratus selepas berkuat kuasa 1 Sept ini. Negara pernah melalui zaman peralihan dari SST ke GST pada tahun 2015 dan pada masa itu harga kereta rata-rata turun 1.5% hingga 3.5% dari harga asal.

Selepas SST dilaksanakan dijangka harga kereta akan naik semula dari 1.5% hingga 3.5%. Kenapa kenaikan tidak 4% (10% sst – 6% gst)?, ini adalah kerana pengiraannya tidaklah se “straight forward”, GST dikenakan pada setiap rangkaian (pengilang – pengedar – pembeli), tetapi SST dikenakan hanya sekali iaitu kepada pembeli.

Namun, kesan kenaikan itu hanya akan dirasai kepada kenderaan baharu sahaja manakala kenderaan terpakai tidak dikenakan SST. Harga kenderaan terpakai akan menunjukkan menurun atau murah selepas pertukaran GST kepada SST.

Penjual kenderaan, Daniel Hamid berkata semua kereta baru yang dibeli dan didaftarkan sehingga 30 Mei 2018 ini masih ikut harga beserta GST. Tetapi setelah perlaksanaan sifar peratus GST harga kereta baru akan turun.

katanya, kereta yang dibeli dan didaftarkan selepas 1 Jun 2018 sehingga SST dikuatkuasakan itu, semuanya akan ikut harga GST sifar.

“Sekarang ini memang masa yang sesuai untuk yang nak beli kereta. Jadi untuk mengambil kesempatan jurang masa antara GST dan SST ini, adalah lebih baik untuk booking kereta sekarang, dapatkan kelulusan loan kereta segera, setelah stok kereta sampai, bayar balance deposit jika ada dan register kereta sebelum SST berkuatkuasa,” ujarnya. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.