Melayu mudah cair dan terpedaya dengan sandiwara puak Ultra Kiasu

Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, berkata orang Melayu mudah cair dan terpedaya dengan sandiwara pemimpin ultra kiasu.

“Baru-baru ini, seperti yang diviralkan, seorang pemimpin ultra kiasu berhenti berucap, ketika bergema suara azan. Harap ia ikhlas.

“Apa pun tindakan berhenti ketika azan berkumandang telah membuatkan hati Melayu menjadi ‘cair’. Inilah sifat Melayu yang saya puji. Mudah cair, mudah lupa dan terpedaya.

“Dahulu, Melayu turut terpesona dengan urus tadbir ultra kiasu yang konon mengikut cara Khalifah Umar A Aziz. Setelah hati Melayu cair, urus tadbir Khalifah Umar entah ke mana. Hilang, senyap, sunyi dan sepi. Yang muncul adalah pesta arak dan October Fest,” katanya dalam satu kenyataan.

Apa pun, Ridhuan Tee berkata, orang Melayu perlu berhati-hati dengan strategi ultra kiasu untuk memenangi hati bangsa itu.

Beliau berkata, ultra kiasu ini sememangnya mahu memerintah Malaysia, maka strategi demi strategi disusun untuk mencairkan dan memenangi hati Melayu seperti giat berkempen mencari seramai mana yang boleh untuk orang Melayu menyertai parti mereka bagi membuktikan mereka tidak perkauman.

“Hari ini kita lihat, walaupun ultra kiasu tidak memegang tampok pemimpin tertinggi negara, tetapi suara-suara mereka menampakkan bahawa merekalah yang memerintah.

“Selain itu, ultra kiasu tidak akan mencari Melayu yang faham agama, warak dan baik akhlaknya kerana mereka tahu implikasinya maka mereka akan pilih Melayu liberal yang selalu mengkritik dasar kerajaan, terutama yang berkaitan dengan Islam dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

“Ultra kiasu akan memastikan Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia.

“Apabila ultra kiasu ini menang pilihan raya dan mendapat kerusi yang banyak, mereka akan gunakan peluang keemasan ini untuk terus mencairkan hati Melayu bagi membolehkan mereka memerintah.

“Antara lakonan terbaik mereka berhenti berucap ketika azan seperti yang diviralkan baru-baru ini. Sedangkan kita semua tahu, orang bukan Islam berhenti berucap ketika azan, bukan suatu perkara baharu.

“Perdana Menteri India, Modi pun berhentikan berucap ketika azan dilaungkan, tetapi Modi ini jugalah yang paling agresif membunuh, menganiaya dan menzalimi umat Islam di India,” katanya.

“Begitu juga ketika hari pertama, ultra kiasu masuk ke pejabat, sudah menjadi adat budaya Melayu akan menunggu di lobi. Serta-merta ultra kiasu membuat siar raya. Tidak perlu sambut beliau. Pergi buat kerja untuk rakyat. Viral sekali lagi, hati Melayu menjadi cair. Baik sungguh ultra kiasu kata hati mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, apabila semua ini berlaku, ramai terpedaya, maka semua pakat-pakat berkata, lebih baik menerima pemimpin bukan Islam yang tidak rasuah daripada memilih pemimpin Islam yang korup dan rasuah.

Katanya, perbandingan standard antara positif dengan negatif bagi memperlihatkan betapa hebatnya ultra kiasu.

“Mereka tidak membuat perbandingan antara epal dengan epal. Tetapi dibanding epal dengan buah ketum. Kecualikan perbandingan itu dibuat di negara China, sudah tentu nama-nama orang Islam tidak menjadi pilihan kerana komunis tidak akan menerima.

“Ingatan saya kepada semua, apabila perbandingan sebegini dibuat, lihatlah sejarah kenegaraan ini dahulu yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu. Sebaik mana pun ultra kiasu untuk menjadi Perdana Menteri misalnya, berbanding Melayu, saya tetap memilih Melayu meskipun tidak ‘sebaik’ ultra kiasu.

“Terbaharu, penghinaan mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu orang Melayu. Begitu berani sekali melalui berita angin belum lagi sahihnya. Mereka merespon kenapa duit cukai pendapatan mereka perlu dibazirkan sedemikian rupa.

“Apakah ultra kiasu sengaja memejamkan mata bahawa pembayar cukai yang paling tinggi datangnya daripada GLC kerajaan bukan ultra kiasu. Kenapa ultra kiasu ini begitu berani mengatakan duit cukai merekalah yang paling banyak digunakan? Sama-sama kita fikirkan,” ujarnya lagi. –Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com