Pembeli lebih suka proses pembiayaan automatif dalam talian

Perkhidmatan secara atas talian dilihat memberi impak besar kepada masyarakat Malaysia. Kebanyakkan masyarakat Malaysia lebih suka menggunakan perkhidmatan secara atas talian.

Terkini, perbiayaan automotif secara atas talian telah diterima baik oleh pelanggan apabila menunjukkan kepuasan lebih tinggi sebanyak 784 mata pada skala 1,000 mata berbanding permohonan di atas kertas (746 mata).

Kaji Selidik Pembiayaan Pengguna Automotif Malaysia J.D. Power 2018, menunjukkan Maybank berada di tangga tertinggi dalam kepuasan pelanggan terhadap pembiayaan pengguna dan ia diikuti CIMB Bank dan Hong Leong Bank.

Sementara itu, Ketua Amalan Industri Per­khidmatan J.D. Power, Anthony Chiam berkata, walaupun masih terdapat sesetengah pihak memohon pembiayaan automotif secara mengisi borang tetapi mereka kurang berpuas hati berbanding pelanggan yang memohon secara atas talian.

“Tempoh kelulusan untuk permohonan adalah satu daripada pemacu utama kepuasan. Pelanggan jelas lebih suka kemudahan platform permohonan layan diri 24 jam.

“Walau bagaimanapun, pada masa ini hanya terdapat beberapa penyedia yang menawarkan permohonan pembiayaan automotif secara dalam talian,” katanya.

Kira-kira 82 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan le­bih suka proses permohonan tanpa kertas untuk produk pembiayaan automotif mereka akan datang.

Kaji selidik itu juga mendapati kepuasan adalah lebih tinggi dalam kalangan pelanggan yang membeli produk pembiayaan automotif Islam (25 peratus) berbanding produk konvensional.

Kaji Selidik Pembiayaan Pengguna Automotif 2018 dijalankan pada Mac dan April 2018 adalah berdasarkan maklum balas daripada 2,504 pembeli kereta baharu yang memperoleh pembiayaan kenderaan dalam tempoh 12 bulan lepas. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.