Penjawat Awam kesal beri undi kepada PH pada PRU14

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata nasib penjawat awam kontrak, termasuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akan lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau merujuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan dan 3,000 guru KAFA yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Kata beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan, kumpulan tersebut mungkin masih bekerja dan boleh mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga seperti sebelum pilihan raya umum lalu berbanding kini apabila mereka hilang mata pencarian.

“Malangnya, kita tidak menang. Mereka yang mengundi Pakatan Harapan mungkin membuat keputusan selepas dipengaruhi oleh kempen kebencian.

“Mereka tidak melihat perkara yang baik Barisan Nasional telah lakukan, kini mereka hanya menyesal,” kata Najib.

Bekas Presiden UMNO itu memberitahu, baru-baru ini beliau terbaca catatan seorang bekas guru KAFA yang menyesal mengundi Pakatan Harapan dalam PRU-14 lepas.

‚ÄúSeorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi Pakatan Harapan kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.

“Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya…air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

“Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA, BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Parlimen Pekan kerana menjadikan kerusi berkenaan sebagai majoriti BN terbesar dalam PRU-14. – Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.