Fakta menarik tentang Piala Dunia 2018 di Rusia yang ramai tak tahu..

Setelah 4 tahun lamanya Piala Dunia akhirnya telah rasmi kembali menemui peminat bolasepak seluruh dunia. Setelah melalui proses pemilihan selama bertahun-tahun, akhirnya 32 pasukan dari 4 benua mulai menunjukkan kemampuan mereka untuk cuba meraih trofi paling berprestij dalam kancah dunia sukan tersebut.

Ini merupakan detik-detik yang istimewa baik bagi pencinta bolasepak, mahupun kepada negara Rusia yang dipilih sebagai negara yang menjadi tuan rumah.

Piala Dunia kali ini juga telah menyimpan beberapa kisah unik, seperti permulaannya yang bertepatan dengan hari raya AidilFitri.

Selain itu, masih ada beberapa fakta unik lain dari Piala Dunia Rusia kali ini, seperti yang telah berhasil kami kumpulkan dari beberapa sumber pencarian internet.

Berikut ini adalah fakta Unik Piala Dunia Rusia yang mungkin ramai tak tahu..

 

Bola untuk perlawanan dibuat di Pakistan

Untuk Piala Dunia 2018 kali ini FIFA telah menentukan bola baru yang akan digunakan oleh 32 pasukan dalam setiap perlawanan. Bola bernama Teslar 18, hasil rekaan dari Jerman ini konon merupakan bola paling canggih yang pernah dipakai pada Piala Dunia.

Bola ini katanya dilengkapi dengan microchip dan dibuat dengan kaedah thermo bonded, iaitu proses pembuatannya langsung tak menggunakan jahitan.

Selain itu, proses pembuatan bola ini telah di lakukan di negara Pakistan. Jadi walaupun negara Pakistan tak beraksi di dalam piala dunia 2018, warga Pakistan boleh berbangga kerana bola yang digunakan dalam pertandingan ini dibuat di negara mereka.

Nama Teslar 18 sendiri diambil dari satelit telekomunikasi pertama di dunia, iaitu Teslar milik Nasa dan AT&T yang dilancarkan pada tahun 1962.

 

Piala Dunia pertama diadakan di Rusia

2 Disember 2010 dianggap merupakan saat yang paling istimewa bagi seluruh peminat bolasepak Rusia. Ia adalah kerana pada tarikh ini, Presiden FIFA ketika itu, Sepp Blatter, secara rasmi mengumumkan bahawa Rusia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018.

Saat ini tentu terasa istimewa kerana sebagai salah satu negara yang terbesar di dunia, Rusia telah menunggu terlalu lama sebelum mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Banyak faktor-faktor dalaman sebelum ini yang menjadi penghalang bagi Rusia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Namun akhirnya penantian itu telah berakhir dan disambut dengan penuh gemilang bagi rakyat negara berkenaan.


Perlawanan di 11 bandar utama

Rusia merupakan salah satu negara terbesar di dunia. Luas wilayah dalam negara mereka sahaja boleh disamakan dengan saiz bagi sebuah benua kecil. Dan untuk menyelenggarakan Piala Dunia kali ini, Rusia telah merombak setidak-tidaknya 11 bandar utama yang akan menjadi medan pertempuran bagi semua 32 negara yang bertanding.

11 bandar utama tersebut adalah Moskow, Saint Petersburg, Ekaterinburg, Kazan, Samara, Volgoggrad, Nizhny Novgorod, Saransk, Rostov-on-Don, Kaliningrad, dan Sochi. Menurut maklumat penganjur, sebelas bandar ini dipilih ialah kerana untuk menyesuaikan dengan jumlah pemain dalam satu pasukan bolasepak iaitu 11 orang.

Upacara pembukaan Piala Dunia 2018 ini juga diadakan di Stadium Luzhniki, Moskow dan stadium ini juga sekaligus akan menjadi pentas final pada 15 Julai nanti.

 

2 Negara membuat penampilan yang Istimewa

Selain menjadi Piala Dunia yang istimewa bagi Rusia, Piala Dunia tahun 2018 ini juga pastinya istimewa bagi Panama dan Iceland. Kedua-dua negara ini buat pertama kalinya merasakan kehangatan pertandingan Piala Dunia 2018 setelah sekian lama menunggu.

Panama berjaya ke peringkat akhir setelah menang 2-1 atas Costa Rica hasil gol dari Gabriel Torres (53′) dan Roman Torres (88′) di Stadion Rommel Fernandez Gutierrez pada peringkat kelayakan.

Dengan kemenangan ini, Panama berjaya menjadi salah satu wakil dari Zon CONCACAF. Ini merupakan kemunculan sulung Panama setelah 40 tahun menjadi anggota FIFA. Kemaraan Panama ke Piala Dunia 2018 ini juga sedikit sebanyak dibantu dengan tumbangnya dua pasukan dari Zon berkenaan iaitu Amerika Syarikat dan Trinidad Tobago.

Iceland pula berjaya mara ke Piala Dunia dengan kempen meyakinkan setelah mereka menjadi juara Kumpulan F zon UEFA sekaligus mengatasi Croatia yang berada di tangga ke 2.

Iceland sendiri boleh dikatakan sebagai pasukan yang “istimewa” pada Piala Dunia kali ini, kerana mereka datang dari negara terkecil diantara semua negara yang bertanding. Negara ini hanya memiliki penduduk yang berjumlah 334 ribu orang saja.

Pelancaran Logo Di Angkasa Lepas

Jika biasanya pengenalan logo Piala Dunia akan dilakukan dalam sebuah majlis besar-besaran, tapi lain pula halnya dengan Rusia. Pada 28 Oktober 2014 yang lalu, Rusia memperkenalkan logo piala dunia 2018 mereka di angkasa lepas. Logo tersebut diperkenalkan oleh angkasawan negara berkenaan dari Stesen Angkasa Lepas Internasional yang disiarkan langsung ke Teater Bolshoi, Moskow.

Logo ini bertemakan mimpi dan eksplorasi kosmik angkasa lepas, serta mirip dengan trofi Piala Dunia yang digabungkan dengan unsur tempatan seperti matryoshka dan burung pheonix. Ini dianggap bersesuaian dengan status Rusia yang dianggap sebagai negara termaju dalam bidang angkasa lepas.

Itulah beberapa fakta unik dari Piala Dunia 2018 yang sempat kami kumpulkan. Semoga piala dunia kali ini memberikan banyak kejutan dan juga menghidangkan perlawanan-perlawanan yang menarik untuk di tonton. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com