Universiti dalam negara dicadangkan beri biasiswa kepada pelajar asing.

Pusat pendidikan tinggi dicadangkan agar menyediakan biasiswa kepada pelajar asing untuk untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Cadangan itu dibuat oleh Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) kepada Majlis Penasihat Kerajaan agar negara ini mencontohi China dan Emiriyah Arab yang sudahpun melaksanakannya

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS Prof Dr Rujhan Mustafa mencadangkan agar biasiswa tersebut disediakan sendiri oleh institusi terbabit.

“Cadangan tadi… bagi biasiswa juga bentuk penuh atau separa, pengecualian yuran dan lain-lain untuk tarik minat,” kata beliau ketika ditemui di Menara Ilham hari ini.

EMGS merupakan syarikat milik penuh kementerian pendidikan yang bertanggungjawab menguruskan proses kemasukan pelajar asing.

Ia mengendalikan pusat setempat (One Stop Center) kepada semua pelajar asing yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej universiti berdaftar di negara ini.

Menurut Rujhan, sehingga kini 171,000 pelajar asing berdaftar sebagai pelajar antarabangsa di lebih 400 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

“Kami sasarkan 200,000 pelajar menjelang 2020. Kebanyakan pelajar daripada China, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Asia Selatan serta Asia Tengah,” kata beliau.

Rujhan antara lima wakil yang bertemu Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Daim Zainuddin hari ini.

Majlis berkenaan turut menemui Pengarah Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Rosslina Ahmad Mokhtar dan Pengarah Bahagian Biasiswa Pendidikan Majlis Amanah Rakyat Rohayah Mohd Zain.

Dua lagi yang turut hadir adalah CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Raja Azura Raja Mahayuddin serta CEO dan Pengarah Urusan Yayasan Khazanah Kamarul Bahrein Shariff.

sumber TMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.