Mansuh Sistem Beraja, Peguam Pro PH akan beri keterangan pada Polis

Polis akan menyiasat peguam, Fadiah Nadwa Fikri berhubung artikelnya yang mempertikaikan sistem monarki di negara ini.

Fadiah menerusi status di Facebooknya mengesahkan dipanggil hadir ke Balai Polis Brickfields esok selepas beberapa laporan dibuat terhadapnya.

“Saya telah dipanggil polis untuk disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Soal siasat akan diadakan di IPD Brickfields esok pada pukul 4 petang,” tulisnya di Facebook.

Fadiah semalam mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.

Malah, katanya, sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan.

“Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu pemikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani,” katanya menulis dalam laman Facebook Malaysia Muda yang turut disiarkan dalam blog pergerakan itu.

Fadiah dipercayai merujuk kepada perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membongkok dan mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pertemuan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Katanya, apa yang meresahkan mengenai perlakuan yang diabadikan dalam gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampaikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com