LGBT – Timbalan Menteri Agama tak prihatin OKU

Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU).

Ras Adiba menerusi surat terbukanya meminta menteri itu untuk berfikir dahulu serta menghormati perasaan golongan OKU sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak mereka.

“Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?

“Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.

“Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?

“Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?

“Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah,” tulisnya.

Terdahulu, Fuziah memberi saranan kepada golongan transgender untuk menggunakan tandas OKU sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan.

Katanya, saranan itu dilihat sebagai langkah bersesuaian ketika ini selepas mengambil kira keresahan dan pendapat masyarakat. – sumber IW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com