Benarkah rakyat yakin atau sekadar kajian ‘syok sendiri’?

Terbaca mengenai satu pungutan suara yang dilakukan oleh sebuah badan pro kerajaan mengenai penilaian rakyat terhadap Malaysia Baru. Kajian berkenaan menyatakan, hampir 80 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir dan DAP.

Namun persoalannya, apakah wajar pungutan suara tersebut digambarkan sebagai mewakili keseluruhan lebih 30 juta rakyat Malaysia? Apakah cukup sekadar mengumpul data dari seribu orang secara rambang dan kemudiannya melabelkannya sebagai suara rakyat?

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk mengaburi pandangan sebenar rakyat terhadap kerajaan Pakatan yang sudah melepasi 100 hari pemerintahan di negara ini. Salah satunya ialah manipulasi media melalui kajian-kajian suara yang kononnya dilakukan secara telus.

Taktik sebegini sudah sekian lama digunapaki oleh pihak berhaluan kiri didalam mewujudkan persepsi baik terhadap mereka. Rakyat yang malas membaca dan juga hanya gemar membaca tajuk berita sahaja, sudah pasti akan terpedaya dengan manipulasi-manipulasi media sebegini.

Dizaman media sosial menguasai hampir sebahagian besar kehidupan rakyat di Malaysia, agak pelik juga kerajaan Pakatan tidak berani untuk menggunakan medium tersebut bagi melakukan kajian mereka. Apalah yang diharapkan pada badan kajian yang bolehlah kita anggap sebagai ‘sudah tak relevan’ di negara ini.

Apatah lagi apabila sudah ramai yang mengetahui bahawa pihak yang mendakwa bijak dalam melakukan kajian tersebut, telah sekian lama menggunakan taktik yang sama bagi ‘mengampu’ kumpulan yang mereka sokong.

Berbeza dengan prestasi menggunung tinggi yang memihak kepada kerajaan Pakatan, banyak hasil pungutan suara didalam media sosial pula menunjukkan hampir 90 peratus netizen tidak berpuas hati dengan pengganti kerajaan BN ini. Adakah hasil kajian di media sosial itu tidak boleh dianggap sebagai penanda aras kepada suara rakyat?

Kesimpulannya, ketidakupayaan kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Tun Mahathir didalam menunaikan janji manifesto selepas 100 hari pemerintahan, bukan sesuatu perkara yang diambil ringan oleh rakyat Malaysia. Bagi mereka, kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat khususnya didalam menunaikam janji yang dibuat. Bukannya sekadar hanya tahu menyalahkan pihak lain sepanjang masa.

Lagipun, apa yang bijaknya jika modal ‘hutang negara’ masih dijadikan sebagai alasan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mendiamkan rungutan rakyat? Ini sebenarnya hanya akan mengurangkan lagi keyakinan dari pengundi-pengundi yang mengundi mereka pada pilihanraya lalu sambil mengharapkan perubahan berlaku.

Jadi, kajian untuk menyedapkan hati serta syok sendiri sememangnya boleh dibuat, tetapi realitinya rakyat dibawah ini semakin meluat dan mual melihatkan tingkah laku pemimpin kerajaan Pakatan.

Dan jika rakyat dibenarkan menilai semula prestasi 100 hari pemerintahan kerajaan baru melalui peti undi, kemungkinan besar kerajaan Pakatan akan tumbang kerana kemunafikan mereka didalam berjanji!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com