Menteri nafi Dr Ilyana ditukarkan selepas kritik Marina

Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan kononnya, Doktor Nur Ilyani Mohamed Nawawi, yang menulis surat terbuka kepada aktivis liberal, Datin Paduka Marina Mahathir dilarang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Dr Ilyani ketika ini bercuti dan beliau masih bertugas di hospital berkenaan

“Dakwaan pengguna Facebook menggunakan nama ‘Azman Hashim’ kononnya Dr Nur Ilyani disekat bertugas di HRPZ II dan pegawai perubatan itu sudah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya dalam tempoh 24 jam adalah tidak benar,

“Tiada tindakan akan diambil berikutan pegawai perubatan itu menulis surat terbabit atas kapasiti peribadi,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Dr Ilyani mendapat perhatian selepas surat terbuka yang ditulis beliau kepada Marina, didakwa mengecam golongan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Posting berkenaan telah ‘dipadamkan’ Facebook tidak lama kemudian, dipercayai selepas menerima laporan puak liberal dan golongan LGBT.

Tidak hanya di Facebook, aduan ke atas kelantangan Dr Ilyani juga telah dibuat golongan berkenaan melalui Biro Pengaduan Awam, yang memungkinkan beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun Dr Illyani terus mendapat sokongan pelbagai pihak, khususnya menerusi petisyen ‘Solidariti Buat Dr Ilyani’ yang pada awalnya dibuka oleh Khairul Afnan Khalid, tetapi kemudian diubah kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. – ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com